Tuesday, March 8, 2011

Saya Pun Melayu

Salam peeps;

*this time, i am going to write in Malay :)*


Masuk sahaja ke dalam Book Garden di Uitm Perak aku tertarik pada sebuah buku ini yang bertajuk 'Bahlut' ditulis oleh Faisal Tehrani. 



 

Aku tertarik untuk membacanya. Tetapi , buku itu dan berbalut jadi aku batalkan niat untuk membelinya. Mungkin lain hari sahaja aku akan membelinya.

Di sudut lain di Book Garden, aku terjumpa pula sebuah buku yang diberi tajuk 'Saya Pun Melayu'  oleh Zaid Ibrahim.


Aku selak - selak setiap helaian nya, dan tertarik terhadap penulisannya berkenaan mengapa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat daripada UMNO.

Mungkin saudara apabila melihat tajuk buku ini, saudara membayangkan bahawa buku ini berkenaan ideologi atau pandangan politik untuk orang Melayu . Walhal tidak , ia banyak mengisarkan tentang perihal Zaid Ibrahim dalam hidupnya samada berkenaan hidup ataupun pandangan peribadinya terhadap parti-parti politik yang lain . Buku ini tidak menyokong mana-mana parti dan boleh dikatakan terdapat juga catatan parti-parti yang lain yang ditulis oleh beliau.

Kesimpulannya, 'Saya Pun Melayu' sememangnya sebuah buku yang menarik, berani serta seronok dibaca kerana ia membolehkan kita memahami lebih mendalam dalam kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda Malaysia kini.

0 response: