Engkau berhak mengatakan aku seorang perempuan kuat menangis . Tetapi aku menangis dalam diam . Dan tiada siapa yang akan mengetahui bahawa aku sedang menangis . Aku tidak suka meluahkan perasaan aku . Aku seorang yang pendiam (mungkin) dan bukan pendendam . Aku tidak mahu keluarga ku terdengar suara tangisan ku begitu juga kepada sahabatku . Yang aku mahu , mereka melihat aku dalam keadaan yang gembira dan tersenyum .
Kadang kadang perkara yang kecil pun mampu membuatkan aku menangis teresak esak . Kalau boleh aku sedaya upaya untuk tidak dilihat oleh orang yang aku ini sedang menangis . Hatiku senang terguris sebenarnya . Sudah lah , kalau diturutkan hati , ya memang aku mahu menangis dan meraung sekuat hati . Tapi aku masih punya akal dan iman untuk digunakan secara waras . Itulah lumrah hidup aku tatkala Peperiksaan Akhir Semester akan menjelang . Dan mungkin perkara ini akan berulang setiap semester , kerana semester lepas juga aku telah menempuhi perkara yang sama tetapi bersebab-kan yang lain . InsyaAllah ada hikmahnya setiap yang aku alami ini . Aku harap dipermudahkan Allah :)
P/S : Menangislah kalau itu yang kau mahu , tetapi jangan cuba cari aku. (itu yang selalu berlaku)
0 response:
Post a Comment